Dan aku bersedih
Apabila terdengar kecerpan
Lintasan bayangan tentang
Bencana melanda dunia
Dunia terakhir aku bencana
Lahir dari dalam hati
Tak aku sangka ia akan mati
Dari dari makam suara
Aku tak sanga aku terseksa
Adakah semua ini salah aku
Adakah semua ini takdir ilahi
Aku tak pasti
Cabut saja nyawa ini
Biar sedih dan sakit ini berakhir
Tamat terus dalam hitam
Kepekatan Malam dunia gelap
Aku berlari dan terus berlari
Aku pekakkan diri
Salahkah aku ini
Salahkah hidup aku ini
Perlukah aku pergi jauh lagi
Patutkah aku hilang terus
Dari dunia yang penuh dengan rasa keji
Perubahan melanda aku lebih keras
Hati aku telah mati
Tiada lagi nafsu
Tiada lagi rasa cinta
Tiada lagi rasa kasih
Kecacatan lahir dari diri ini
Aku tuli dan tidak mengerti
Tapi aku pasti ini bukan salah aku
Aku pasti ini yang terakhir
Aku pasti dan aku pasti
Kenapa mengapa bukan lah persoalan lagi
Aku tetap akan menghambakan diri
Pada sesuatu yang tidak pasti
Tapak aku tidak lagi teguh
Tapi sendi aku masih lagi utuh
Aku terseksa sekarang ini
Memikirkan yang telah musnah
Memikirkan yang telah maut
Ajal rasanya lebih enak
Ajal rasanya lebih mudah
Aku mungkin akan menyesal
Tapi tidak mungkin aku lafazkan.
Aku mungkin mati
Tapi aku tidak akan berkubur.
Aku mungkin sedih
Tapi tiada lagi tangisan air mata.
Aku akan dapat berdiri
Itu sudah pasti
Kerana lahirnya aku seorang
Dan matinya aku seorang.
Gambaran ini menceritakan
Keperitan segalanya.
Buat tatapan semua yang membaca.
Sudah lama aku tidak melakar
Sudah lama aku melakukan ekspresi diri.
Jadi inilah aku yang sekarang.
Terus tidak pasti
Sampai sore sampai mati.
Dan semuanya telah berakhir
Ditamatkan dengan jalan penyelesaian
Aku bukan lagi kamu
Dan kamu bukan lagi aku .
Percayalah aku lakukan ini.
Bukan kamu satu yang cedera
Parah merana meringkok dalam penjara
Aku lebih parah aku bertempik
Pada dinding yang tidak bernyawa.
Aku rasa parah
Bila telah terlihat pada diri kamu
Cahaya sinar baru bernama arjuna dewi
Aku berpegang pada janji
Aku berpegang pada khalimah
Khalimah lafaz aku lafazkan
Dan ketika ini aku menyeksakan
Diri aku dengan bayangan azazel
Dan aku akan terus lenyap
Dalam gelap kerana aku pernah
Berada di kota tua ini
Keseorangan sambil menyeru
Kalimah yang aku lafazkan
Tidak mungkin berpatah kembali
Tidak mungkin akan ada lagi
Hakikat dalam peti akan aku simpan
Sampai mati.
Mimpi aku belum berakhir
Selagi aku tidak menakluki
Dunia ini.
Kerana aku ini pangeran gila
Kerana aku ini pendita gila.
Mengejar bulan untuk aku simpan
Dalam koleksi peribadi
Bermimpi untuk mencipta matahari.
Untuk kembali menerangi kota tua ini.
Dan aku izinkan
Dan aku relakan
Aku pergi sendiri ke satu tempat tak pasti.
Jangan pernah aku sesali
Takkan aku tangisi
Semua yang pernah terjadi
Bila langkah aku terhenti
Itu tak berarti Hidup aku sampai disini
Dan iya aku akan menangis
Tapi aku juga akan tersenyum
Bunga itu berduri
Dan hidup ini penuh dengan kejutan mengila
Akan aku telan dan aku kuatkan diri
Menangislah dan aku tersenyum
Dan aku berlari
Selamat tinggal masa lalu
Selamat datang lembar baru.
Selamat salam pada dunia ..
Dan tamatlah sudah karya aku.
Tangan terkapai mencari punca
Kaki berjalan tiada hala
Semuanya bagai pudar dan gelap
Lebih selesa jika berlari walaupun penat
Lebih nyaman dalam gelap walaupun tidak terang
Hidup pantas
Taniah pada mereka
Kerana kamu semua tahu akan punca
Kerana kamu semua tahu hala tuju
Senyumku ini hilang
Tawa aku kini dingin
Hingga esok tidak akan kembali
Ia hilang tika saat aku mati
Sempit gelap pudar samar
Aku lihat langit gelap
Aku lihat awan retak
Aku rasa dingin amat
Angin itu panas
Hujan itu keras
Dan aku lihat mereka berlari
Ketakutan kekejaman cemas
Dan datang badai
Menyedarkan aku apa yang telah terjadi pada aku
Dan apa yang aku rasa
Cumalah Binasa
Tolong dan tolong
Jauhi diri aku
Jangan datang kembali
Aku tidak lagi mahu sakit
Aku tidak lagi mahu perit .
Jauhi aku
Pergi jauh dari aku
Jangan sekali datang kembali
Biar aku disini
Biar aku disisih
Biarkan saja aku berlalu
Berlari mengejar langit biru
Jatuh aku sakit aku
Bangkit aku kekuatan aku
Aku mahu diliputi
Kebebasan mutlak
Aku mahu bebas kemana saja
Tidak lagi perlu
Berfikir sejenak
Tidak lagi perlu
Terhenti perjalanan aku
Tidak lagi aku mahu
Berasaskan nafsu
Aku tidak mahu
Dan genaplah satu minggu
Tanpa bunyi sumbang
Tanpa gangguan setan
Tanpa sebarang masalah
Hujan rintik diluar sana
Basah sekalian lantai dibumi
Aku kembali tenang
Meratapkan segala yang aku rugi
Kini aku lebih senang
Tapi sekarang aku sudah putuskan
Tidak akan jadi hamba
Tidak akan jadi kuli
Tidak akan pergi kemana mana
Aku tetap ada disini
Menunggu senja , tunggu malam dan tunggukan senja.
Aku mahu malam terus ada disisi
Aku mahu terus begini
Aku lebih senang begini .
Nyah kamu dari hidup aku
Pergilah kamu dari hidup aku .
Sudah cukup aku menjadi permainan
Aku bukan boneka atau catur .
Pergilah kamu ke alam fantasi kamu .
Alam yang kononnya tenang
Alam berfantasi menaiki kuda mengelilingi tasik .
Alam dimana aku tidak akan bisa hidup.
Alam yang terang dan bahagia .
Hidup kita berbeza , aku tak mungkin kesana .
Kerana aku sendiri bergelar bencana.
Aku ini pendita gila
Yang suka akan kehancuran
Yang penuh dengan kebencian
Jangan ganggu dunia aku
Jangan ganggu kegelapan aku .
Aku cintakan kegelapan
Aku sayangkan kehancuran .
Dan kini aku sudah kembali
Kepada dunia kewarasan aku .
Aku telah kembali
Mabuk dalam dunia gelap aku .
Matahari tidak lagi mampu terangi aku
Bulan telah pun musnah .
Dipanah amarah aku .
Aku tau sampai kiamat
Tidak mungkin tercipta .
Aku tau sampai hitam
Aku tau sampai cerah
Aku tetap jadi aku .
Hujan turun berderai
Basah bumi dan padang
Aku tetap ada disini
Dengan melaung aku
Dengan kegilaan aku
Aku tetap aku .
Aku tidak akan berdendam
Aku tidak akan membela
Tapi aku telah pasti
Kini aku sudah kembali
Kini aku sudah bangun
Kini aku adalah aku semula
Aku pendita gila
Aku pangeran gila
Dan aku berjalan terus
Sambil berdekah ketawa .
Hilang ragaku melayang
Jauh tak terbayang
Ke angkasa ku akan terbang
Biarkan ku raih bintang
Dan ku bawa pulang
Kembali ke bumiku sayang
Satu hal yang kuingin dalam hidup ini
Merasakan yang lain terbang bagai peri
Hanya bias khayalku ‘tuk ke atas awan
Bertemu sang mentari menari bersama
Indah...
Berkhayal yang indah...
Hilang ragaku melayang
Jauh tak terbayang
Ke angkasa ku akan terbang
Biarkan ku raih bintang
Dan ku bawa pulang
Kembali ke bumiku sayang
Dimanakah cinta sejati
Yang memberi ketenangan hati....
Sampai kapanku harus menanti,
Kau pergi dan mungkin tak kan kembali..
Dan aku menangis dan aku terluka..
Bila..
Dan aku menangis dan aku terluka....
Bilaa...
Engkau menghilang...
Kau pergi dari ku tinggal kan ku
Lewati malam tanpa kasihmu
Ku rangkai kata
Ku rangkai nada
Yang ku ingin hanyalah cinta
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta...
Semua karena cinta...
Dan kau tinggalkan hanyalah luka
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta...
Semua karena cinta...
Padang yang tenang
Dilihat pohon disisip angin
Buktikan akan tetera
Derapan Jantung yang kencang
Aku seru nama tuhan
Aku pohon kepadanya
Padang yang tenang kini gelap
Penuh dengan binasa.
Kedengaran nyalakan iblis.
Berhabuk berdebu dan bersatu.
Gelap gelita tidak ada cahaya.
Tiada lagi warna ungu
Tiada lagi warna jingga
Tiada lagi rasa cinta
Mungkin yang tinggal hanya benci
Aku sudah penat
Aku tidak mahu lari lagi
Bunuh saja aku
Aku mahu mati.
Bawa aku kembali
Ke padang itu
Tempat kita dihimpun
Dan nanti kelak kita bersatu.
Kurniakan pada aku
Rahmat aku mahu tidur.
Pohon aku pada kamu tuhan.
Tuhan hantarkan bidadari.
Hantarkan kasih yang cantik
Hantarkan Cinta yang baik.
Tuhan aku mohon
Tunjukkan aku jalan
Tunjukkan aku kebenaran
Tuhan aku tidak sanggup
Tuhan tidak aku mampu
Untuk disakiti lagi
Untuk menangis sampai ke pagi hari.
Tidak aku bermain
Tidak aku beriang
Tidak aku berjenaka
Batu jembala dikepala
Dan aku terus pohon.

on Malaikat