DAN IA TAMAT
Mungkin Gembira ini sedih
Mungkin Ketawa ini nangis
Mungkin Mula ini Tamat.
Setan berkeliaran sekeliling aku.
Syurga itu mungkin neraka
Dan neraka itu tempat aku.
Dosa aku
Pahala aku.
Tapi ketagihan ini perlu diakhiri.
Ia membunuh aku setiap saat.
Ia meracuni aku setiap tika.
Detik jarum berpusing
Puaka Jingga berkeliaran
Berlari sambil senyum pada aku.
Susah dan payah
Letih dan tegar
Aku sudah menjadi tepu
Aku sudah menjadi sebahagian kamu.
Tapi apabila ia tamat
Ia memang akan tamat.
Kerana bongkak dan ego aku.
