SALAM PADA DUNIA
Dan semuanya telah berakhir
Ditamatkan dengan jalan penyelesaian
Aku bukan lagi kamu
Dan kamu bukan lagi aku .
Percayalah aku lakukan ini.
Bukan kamu satu yang cedera
Parah merana meringkok dalam penjara
Aku lebih parah aku bertempik
Pada dinding yang tidak bernyawa.
Aku rasa parah
Bila telah terlihat pada diri kamu
Cahaya sinar baru bernama arjuna dewi
Aku berpegang pada janji
Aku berpegang pada khalimah
Khalimah lafaz aku lafazkan
Dan ketika ini aku menyeksakan
Diri aku dengan bayangan azazel
Dan aku akan terus lenyap
Dalam gelap kerana aku pernah
Berada di kota tua ini
Keseorangan sambil menyeru
Kalimah yang aku lafazkan
Tidak mungkin berpatah kembali
Tidak mungkin akan ada lagi
Hakikat dalam peti akan aku simpan
Sampai mati.
Mimpi aku belum berakhir
Selagi aku tidak menakluki
Dunia ini.
Kerana aku ini pangeran gila
Kerana aku ini pendita gila.
Mengejar bulan untuk aku simpan
Dalam koleksi peribadi
Bermimpi untuk mencipta matahari.
Untuk kembali menerangi kota tua ini.
Dan aku izinkan
Dan aku relakan
Aku pergi sendiri ke satu tempat tak pasti.
Jangan pernah aku sesali
Takkan aku tangisi
Semua yang pernah terjadi
Bila langkah aku terhenti
Itu tak berarti Hidup aku sampai disini
Dan iya aku akan menangis
Tapi aku juga akan tersenyum
Bunga itu berduri
Dan hidup ini penuh dengan kejutan mengila
Akan aku telan dan aku kuatkan diri
Menangislah dan aku tersenyum
Dan aku berlari
Selamat tinggal masa lalu
Selamat datang lembar baru.
Selamat salam pada dunia ..
Dan tamatlah sudah karya aku.
