SESUATU
Tangan terkapai mencari punca
Kaki berjalan tiada hala
Semuanya bagai pudar dan gelap
Lebih selesa jika berlari walaupun penat
Lebih nyaman dalam gelap walaupun tidak terang
Hidup pantas
Taniah pada mereka
Kerana kamu semua tahu akan punca
Kerana kamu semua tahu hala tuju
Senyumku ini hilang
Tawa aku kini dingin
Hingga esok tidak akan kembali
Ia hilang tika saat aku mati
Sempit gelap pudar samar
Aku lihat langit gelap
Aku lihat awan retak
Aku rasa dingin amat
Angin itu panas
Hujan itu keras
Dan aku lihat mereka berlari
Ketakutan kekejaman cemas
Dan datang badai
Menyedarkan aku apa yang telah terjadi pada aku
Dan apa yang aku rasa
Cumalah Binasa
