Dan aku jerit jerit
Dan aku hamuk amuk
Dan aku tak sedari
Pintu hati aku terbuka
Kini aku rasa aku lain
Aku rasa aku pening
Dan aku laung
Dan aku paut
Pada pematang patah
Aku teriak dan teriak
Dan teruskan teriakan
Teriakan dalam sunyi
Teriakan dalam hati
Aku akan terus sakit
Sepi sendiri aku teriak lagi
Tidak akan habis teriakan ini
Teriakan aku kabur
Teriakan aku terus lagi
Tapi hanya aku sahaja yang dengar
Tempikan ini . . .
Inspire by : Garasi
Kamu kekasih gelap aku
Kamu kekasih cinta ajaib aku
Aku tidak mungkin dapat miliki kamu
Tuhan tidak mengizinkan
Aku tersekat antara dua jalan
Jalan gila dan jalan waras
Cinta gila ini memberontak untuk keluar
Cinta gila ini meraung untuk melonjak
Seakan tewas pemikiran waras
Seakan kalah pemikiran waras
Kamu tetap akan aku pendamkan
Jauh disatu tempat lubuk mati
Jauh disitu aku dan kamu punyai dunia sendiri
Tidak salah jika kamu ingin katakan
Cerita kita ini seolah novel
Telenovela cinta di TV3
Tapi inilah hakikatnya
Cinta gelap cinta gila cinta mati
Ingin sahaja aku kesana
Untuk lari dari semua ini
Aku mahu cuti
Aku mahu curi
Curi sedikit masa untuk bersama kamu.
Tidak pernah aku tahu kenapa
Tidak pernah pula aku pinta
Tidak juga aku mahu.
Tapi apabila aku pandangkan dia
Ada sedikit susuk kamu.
Kegilaan kamu mempersonakan.
Keghairahan kamu menjadi pujaan.
Kita kongsi segalanya
Kita kongsi keseronokan dunia
Keseronokan lalaland.
Keseronokan wonderland.
Tapi hari ini.
Hari terakhir.
Aku nobatkan kamu kekasih gelap aku
Cinta gila , Cinta mati , Cinta gelap
Mungkin apabila tuhan itu katakan YA
Dan kamu tidak lagi berada di kegelapan itu
Dan ketika itu kamu akan menjadi cinta sejati.
Tatapkan mata ini
Lirikan bibir ini
Pegang tangan ini
Kerana inilah kali terakhir
Lirikan bibir kamu
Tidak ada yang terindah
Kecuali ia
Cair luluh lahar ini
Apabila tatapan mata
Menjengah buat seketika.
Jauh disana dan terus
Jauh disini dan lantas
Perpisahan muktamad
Tersekat tersangkut
Tidak dirancang semua ini
Kunci kalimah ada disini
Semua merasainya
Tidak mungkin akan lepas.
Ungkapkan ini pada situa
Dan datanglah pada sisi
Dan datanglah pada tepi
Bukan mudah
Bukan susah
Hanya masa menentukan
Perbezaan metamorphisis
Dan ia bermula sekarang.
Hidup bersociati ini mmg banyak sangat hal. Pengkhianat berada disana sini. Persepsi orang terhadap segala benda akan berubah. Mereka yang tidak dapat menerima hakikat akan bergolak dengan mereka yang boleh dan mampu menerima hakikat. Segalanya berubah dari masa ke masa. Segalanya berbeza antara mulut dan hati. 1 syawal tidak ada bezanya 1 syawal tidak akan ada serinya jika kamu itu tidak beragama. Kebebasan apakah yang dicari-cari? Kebebasan melakukan jenayah? Telah terbukti tanpa garis panduan tidak akan bertamadunlah hidup manusia. Tidakkah mereka ini sedar kebanyakkan mereka ini akan mati dan kemudian berkumpul di satu tempat untuk dihisapkan segalanya? Propaganda dilakukan oleh yahudi ini dianggap keseronokan bagi mereka yang satu haluan, diteguk dan ditelan tapi apabila disebut tentang binatang mistik itu semua mengatakan "iskk haram" .. Society sudah semalaman ada untuk dimusnahkan tapi ibarat lidi jika satu itu rapuh tapi jika diikat menjadi segengam mampukah dipatahkan? Akan tetapi sahabat-sahabat ini sudah makin menular. Rapuh atau tidak? Hakikat dunia realiti...
1 Syawal adalah hari raya . Tapi aku rasa cam orang kat KL ker MALAYSIA ni sudah terover dengan sambutan 1 Syawal . Mmg sunat untuk kita berpakaian cantik di pagi 1 syawal tapi bukan bermaksud untuk kita terover belanja contoh baju melayu tahun lepas yg baru pakai sekali tahun ni beli lagi ? Apa jadah tu ? Habis satu rumah punya furniture nak tukar apa ke benda ? Yang makcik makcik ni sebuklah membeli rantai emas gelang gari semua sebab nak menayang pada 1 syawal .. herm padahal aku pernah dengar satu ceramah nih uztaz ni ckp yang penting pada 1 syawal ni adalah sembahyang sunat raya sebab ia hanya kunjung tiba setahun sekali sahaja ....
Wujud kah benda alah makhluk asing ini ? Kamu semua percayakah pada benda yang dipanggil UFO ini ?
Mungkinkah UFO yang membunuh NURIN ? Kurang ajar sungguh manusia yang bunuh NURIN itu . Aku punya teori sendiri tentang pembunuhan NURIN , NURIN dibunuh oleh mereka yang menjalankan aktiviti "CHILD PORNOGRAPHY" ... Balik pada kisah asal, UFO .. kenapa kamu percaya UFO ? tidak silap aku dah terang-terang dalam AL-QURAN mengatakan bahawa kita manusia adalah kehidupan paling sempurna diatas dunia ini. Kalau UFO atau ALIEN ini merupakan hidupan yang benar-benar wujud maka kita ini bodoh lagi dan perlu menuntut dengan mereka kerana kapal terbang mereka sangat hebat boleh terbang beribu beribu tahun cahaya dan sangatlah laju ...
