Tangan terkapai mencari punca
Kaki berjalan tiada hala
Semuanya bagai pudar dan gelap
Lebih selesa jika berlari walaupun penat
Lebih nyaman dalam gelap walaupun tidak terang
Hidup pantas
Taniah pada mereka
Kerana kamu semua tahu akan punca
Kerana kamu semua tahu hala tuju
Senyumku ini hilang
Tawa aku kini dingin
Hingga esok tidak akan kembali
Ia hilang tika saat aku mati
Sempit gelap pudar samar
Aku lihat langit gelap
Aku lihat awan retak
Aku rasa dingin amat
Angin itu panas
Hujan itu keras
Dan aku lihat mereka berlari
Ketakutan kekejaman cemas
Dan datang badai
Menyedarkan aku apa yang telah terjadi pada aku
Dan apa yang aku rasa
Cumalah Binasa
Tolong dan tolong
Jauhi diri aku
Jangan datang kembali
Aku tidak lagi mahu sakit
Aku tidak lagi mahu perit .
Jauhi aku
Pergi jauh dari aku
Jangan sekali datang kembali
Biar aku disini
Biar aku disisih
Biarkan saja aku berlalu
Berlari mengejar langit biru
Jatuh aku sakit aku
Bangkit aku kekuatan aku
Aku mahu diliputi
Kebebasan mutlak
Aku mahu bebas kemana saja
Tidak lagi perlu
Berfikir sejenak
Tidak lagi perlu
Terhenti perjalanan aku
Tidak lagi aku mahu
Berasaskan nafsu
Aku tidak mahu
Dan genaplah satu minggu
Tanpa bunyi sumbang
Tanpa gangguan setan
Tanpa sebarang masalah
Hujan rintik diluar sana
Basah sekalian lantai dibumi
Aku kembali tenang
Meratapkan segala yang aku rugi
Kini aku lebih senang
Tapi sekarang aku sudah putuskan
Tidak akan jadi hamba
Tidak akan jadi kuli
Tidak akan pergi kemana mana
Aku tetap ada disini
Menunggu senja , tunggu malam dan tunggukan senja.
Aku mahu malam terus ada disisi
Aku mahu terus begini
Aku lebih senang begini .
Nyah kamu dari hidup aku
Pergilah kamu dari hidup aku .
Sudah cukup aku menjadi permainan
Aku bukan boneka atau catur .
Pergilah kamu ke alam fantasi kamu .
Alam yang kononnya tenang
Alam berfantasi menaiki kuda mengelilingi tasik .
Alam dimana aku tidak akan bisa hidup.
Alam yang terang dan bahagia .
Hidup kita berbeza , aku tak mungkin kesana .
Kerana aku sendiri bergelar bencana.
Aku ini pendita gila
Yang suka akan kehancuran
Yang penuh dengan kebencian
Jangan ganggu dunia aku
Jangan ganggu kegelapan aku .
Aku cintakan kegelapan
Aku sayangkan kehancuran .
Dan kini aku sudah kembali
Kepada dunia kewarasan aku .
Aku telah kembali
Mabuk dalam dunia gelap aku .
Matahari tidak lagi mampu terangi aku
Bulan telah pun musnah .
Dipanah amarah aku .
Aku tau sampai kiamat
Tidak mungkin tercipta .
Aku tau sampai hitam
Aku tau sampai cerah
Aku tetap jadi aku .
Hujan turun berderai
Basah bumi dan padang
Aku tetap ada disini
Dengan melaung aku
Dengan kegilaan aku
Aku tetap aku .
Aku tidak akan berdendam
Aku tidak akan membela
Tapi aku telah pasti
Kini aku sudah kembali
Kini aku sudah bangun
Kini aku adalah aku semula
Aku pendita gila
Aku pangeran gila
Dan aku berjalan terus
Sambil berdekah ketawa .
