Dan aku bersedih
Apabila terdengar kecerpan
Lintasan bayangan tentang
Bencana melanda dunia
Dunia terakhir aku bencana
Lahir dari dalam hati
Tak aku sangka ia akan mati
Dari dari makam suara
Aku tak sanga aku terseksa
Adakah semua ini salah aku
Adakah semua ini takdir ilahi
Aku tak pasti
Cabut saja nyawa ini
Biar sedih dan sakit ini berakhir
Tamat terus dalam hitam
Kepekatan Malam dunia gelap
Aku berlari dan terus berlari
Aku pekakkan diri
Salahkah aku ini
Salahkah hidup aku ini
Perlukah aku pergi jauh lagi
Patutkah aku hilang terus
Dari dunia yang penuh dengan rasa keji
Perubahan melanda aku lebih keras
Hati aku telah mati
Tiada lagi nafsu
Tiada lagi rasa cinta
Tiada lagi rasa kasih
Kecacatan lahir dari diri ini
Aku tuli dan tidak mengerti
Tapi aku pasti ini bukan salah aku
Aku pasti ini yang terakhir
Aku pasti dan aku pasti
Kenapa mengapa bukan lah persoalan lagi
Aku tetap akan menghambakan diri
Pada sesuatu yang tidak pasti
Tapak aku tidak lagi teguh
Tapi sendi aku masih lagi utuh
Aku terseksa sekarang ini
Memikirkan yang telah musnah
Memikirkan yang telah maut
Ajal rasanya lebih enak
Ajal rasanya lebih mudah
Aku mungkin akan menyesal
Tapi tidak mungkin aku lafazkan.
Aku mungkin mati
Tapi aku tidak akan berkubur.
Aku mungkin sedih
Tapi tiada lagi tangisan air mata.
Aku akan dapat berdiri
Itu sudah pasti
Kerana lahirnya aku seorang
Dan matinya aku seorang.
Gambaran ini menceritakan
Keperitan segalanya.
Buat tatapan semua yang membaca.
Sudah lama aku tidak melakar
Sudah lama aku melakukan ekspresi diri.
Jadi inilah aku yang sekarang.
Terus tidak pasti
Sampai sore sampai mati.
Dan semuanya telah berakhir
Ditamatkan dengan jalan penyelesaian
Aku bukan lagi kamu
Dan kamu bukan lagi aku .
Percayalah aku lakukan ini.
Bukan kamu satu yang cedera
Parah merana meringkok dalam penjara
Aku lebih parah aku bertempik
Pada dinding yang tidak bernyawa.
Aku rasa parah
Bila telah terlihat pada diri kamu
Cahaya sinar baru bernama arjuna dewi
Aku berpegang pada janji
Aku berpegang pada khalimah
Khalimah lafaz aku lafazkan
Dan ketika ini aku menyeksakan
Diri aku dengan bayangan azazel
Dan aku akan terus lenyap
Dalam gelap kerana aku pernah
Berada di kota tua ini
Keseorangan sambil menyeru
Kalimah yang aku lafazkan
Tidak mungkin berpatah kembali
Tidak mungkin akan ada lagi
Hakikat dalam peti akan aku simpan
Sampai mati.
Mimpi aku belum berakhir
Selagi aku tidak menakluki
Dunia ini.
Kerana aku ini pangeran gila
Kerana aku ini pendita gila.
Mengejar bulan untuk aku simpan
Dalam koleksi peribadi
Bermimpi untuk mencipta matahari.
Untuk kembali menerangi kota tua ini.
Dan aku izinkan
Dan aku relakan
Aku pergi sendiri ke satu tempat tak pasti.
Jangan pernah aku sesali
Takkan aku tangisi
Semua yang pernah terjadi
Bila langkah aku terhenti
Itu tak berarti Hidup aku sampai disini
Dan iya aku akan menangis
Tapi aku juga akan tersenyum
Bunga itu berduri
Dan hidup ini penuh dengan kejutan mengila
Akan aku telan dan aku kuatkan diri
Menangislah dan aku tersenyum
Dan aku berlari
Selamat tinggal masa lalu
Selamat datang lembar baru.
Selamat salam pada dunia ..
Dan tamatlah sudah karya aku.
