King Jeremy
Hidup mengejarkan mimpi , bukan hidup didalam mimpi .
- Member since Jan 23, 2007
- Malaysia
- Stay in touch with me. Join Now
Sebuah perjalanan yang panjang bermula dengan dua langkah yang kecil melewati tembok - tembok putih yang menjadi penghalang. adakalanya kita akan bertemu simpang - simpang yang akan membuatkan kita tersasar dari destinasi dan tujuan yang sebenar. kita juga akan terjatuh ketika melewati tembok - tembok putih dan simpang - simpang itu, tetapi luka, kotoran dan debu yang kita tempuhi itulah pengalaman. luka akan terus menjadi calar- balar dan kekal dalam kehidupan, pahit dan manis akan bercampur-baur membentuk satu alunan rasa dan itulah yang dinamakan pengajaran. Aku ada ruang sendiri jangan tanya kenapa dan mengapa dewasa adalah aset aku ceria selalu hingga ketahap maksimas terbang bersama aku jgn tuduh aku jahat sebelum kenal aku tahu apa yg aku buat tapi korang xkan pernah tahu!! hidup ini mesti bebas makan,minum,bermain atau jgn buat apa2 ini adalah kehendak termaksimas aku!! tapi dihujungnya pasti ada sempadan.. Aku mempunyai banyak cita - cita dan impian .. cuma kadangkala aku tidak berusaha gigih untuk merealisasikannya.. aku banyak bermimpi dan berangan - angan .. mencipta satu dunia fantasi dalam pemikiran aku dan berharap ia menjadi kenyataan .. tetapi adakah dengan hanya bermimpi ianya akan menjadi seperti aku idamkan .. tetapi sekurang - kurangnya jauh di sudut hati aku masih menyimpan impian yang membuatkan aku terus tersenyum bila bangun pagi dan tidak sabar - sabar untuk tidur di malam hari kerana aku ingin bermimpi
perkara - perkara itu semula. tetapi bagi aku .. impian dan harapan yang membuatkan manusia terus tersenyum dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan .. kerana dari impian akan terbitlah tekad dan azam untuk meneruskan apa yang terpendam. apa yang aku inginkan dan mahukan terlalu tinggi kadangkalanya berbanding apa yang perlu aku dapat. tetapi biasalah .. selagi bernama manusia kita akan terus dikaburi sifat haloba dan ketidaksyukuran .. bukan bagi aku sahaja .. tetapi semua kita. Alhamdullilah, aku dianugerahkan dengan sebuah cerita .. sebuah cerita yang mendesak untuk kita menunggu hingga ke hujung cereka. sebuah kisah yang begitu agung walaupun tidak sehebat kisah Iskandar Zulkarnain mahupun kisah percintaan cleopatra .. tetapi bagi aku .. inilah dia cerita .. inilah dia satu titik permulaan untuk aku memahami erti kehidupan . sebuah cerita yang takkan luput ditelan zaman .. hingga ke akhir ayat.. dan cerita ini akan terus berputar .. sehingga rohku dijemput Malaikat Maut.. jika kamu tanya aku pelajaran yang paling berkesan dalam hidup, sudah pasti aku akan menjawab pengalaman .. sekurang - kurangnya ada jua cebisan cerita yang mampu aku kendong hingga ke anak cucu dan mampu kuceritakan kepada waris - waris ku apa erti kehidupan yang sebenar .. sekurang - kurangnya dengan apa jua perkara yang pernah aku tempuhi..
on Malaikat